
Ini aku nak cerita pasal rakan sekerja.. yg penuh dengan cerita, ceria, dan happy go lucky namun kekadang beremosi.. Dari kiri Kak Zai, Nursanty, Haslina, Fifi, Atun dan aku.. Yatie.. dlm ramai-ramai tu aku paling rapat dgn Haslina. Dgnnya aku boleh kongsi pelbagai cerita.. dari anak, cara kerja, dressing dan sudah tentu gossip2 manja yg tak memudaratkan. Kami bersama hampir setiap waktu yg terluang. Bila aku gembira dia tak sabar nak tahu.. bila aku beremosi dia selalu sejukkan pendek kata kami serasi bersama.. Seterusnya Kak Zai kami rapat baru setahun dengannya aku tak ada masalah. Bak berfesyen semuanya dia tahu. Pakar rujuk.. bagi kami. Tak pernah marah suka ketawa. Seronok juga dgnnya. Nursanty adalah adik bagiku. Dia senang dibawa berbincang. Rajin bekerja, kekadang aku kesian dgnnya.. apa nak buat tugas penyelaras memang begitu kami hanya membantu setakat termampu aje. Apa yg seronok dia team aku. Mengajar Sains. Bila tak faham dia sering merujuk aku. Begitu juga bila aku pening aku cari dia. Pendek kata boleh ngamlah. Seterusnya Fifi. Sekarang ni baru boleh ngam dulu bukan apa tak kenal hati budi lagi. Pasal idea dialah yg mulakan.. kami ikut aje tetapi kekadang aku bantah juga. Kaki pembangkang juga aku ni.. Seterusnya Atun.. dia ni boleh dibawa ke tepi, ke tengah juga. Kalau silap haribulan panjang gossipnya.. suka gak bergaya, namun kekadang silap gaya jadi pelik pula.. Apa-apa pun kami tetap bersama dalam team Tahun Enam.. Gambar ini diambil ketika hari graduasi murid tahun 6 2009. Temanya merah..