
Tanggal 4 Disember 09 aku dan keluarga pergi berjumpa bapa saudara aku di Bukit Tinggi . Indonesia. Setelah dua tahun pemergian abah ke rahmatullah. Tergerak hati utkku mencari saudara sebelah abah. Berpandukan alamat yang ditinggalkan aku bergegas ke Indonesia dan akhirnya aku bertemu 4 orag saudara kandung abah. Alhamdulillah.. semuanya sihat dan masih bekerja. Abah anak yg pertama , Pak Cik As yg kedua (sorg wartawan perang) (pakai baju putih) yg ketiga di Belanda, keempat Pak Cik Rill (sorg wartawan umum) (pakai baju hitam), ke5 Mak Cik Ann (suri rumah) & bongsu Mak Cik Sur (berdagang di tanah Jawa). Kdtgn kami disulami dgn curahan kasih sayang drpd mereka berempat. Selama 4 hari kami dibawa ke setiap destinasi perlancongan dan kawasan perkampungan disana. Hawanya dingin sekali nk mandi kena pakai air panas.suhunya lebih kurang 18°c. Mesti ada hikmahnya kenapa aku tidak jumpa mereka dahulu. Satu lagi hasratku , ingin mencari Pak Cik ku yg ketiga yg kini menjadi penduduk tetap di Belanda. Semoga pencarian ini berhasil. Insyaallah.... Di mana ada kemahuan disitu ada jalan....
No comments:
Post a Comment